Tork ialah keupayaan suatu
jasad atau sistem berputar pada suatu
paksi tertentu disebut sebagai tork. Magnitudnya
adalah bersamaan dengan hasil
darab daya dengan jarak serenjang titik tindakan
daya dari paksi putaran tersebut. Persetujuan
tanda bagi tork ialah magnitudnya bernilai
positif sekiranya tork
menyebabkan jasad berputar pada arah bertentangan
arah gerakan jarum jam. Sekiranya sistem mengalami
tindakan lebih dari satu tork maka paduan bagi jasad
ialah jumlah algebra tork bagi setiap daya yang bertindak
pada jasad iaitu:
Selain daripada tork, gandingan
merupakan sepasang daya yang mempunyai
magnitud yang sama tetapi bertentangan arah
dan berjarak tertentu antaranya. Kesan daripadanya
akan menghasilkan
gerakan putaran ke atas jasad dan tork yang
terhasil adalah malar pada sebarang titik
putaran. Teknik
ini akan digunakan untuk menentukan keseimbangan
penuh dalam sistem tegar.