Magnitud pemanjangan suatu bahan
bukan sahaja bergantung kepada daya yang digunakan, tetapi juga pada sifat
bahan dan dimensinya. Tegasan ditakrifkan sebagai nisbah magnitud daya
yang bertindak, F terhadap luas permukaan, A iaitu:
daripada ini, didapati bahawa dimensi
persamaan ini adalah setara dengan dimensi tekanan. Oleh itu uni untuk
tegasan dalam sistem unit SI adalah sama dengan unit SI tekanan.
Terdapat tiga
jenis tegasan iaitu:
-
tegasan normal
-
tegasan ricihan
-
tegasan pukal
Terikan pula ditakrifkan
sebagai nisbah unit perubahan panjang,L terhadap panjang asalnya. Ia juga
merupakan satu parameter yang menentukan keadaan anjakan atom yang berlaku
dalam bahan dan juga memberikan penjelasan mengenai daya ikatan bahan.