Tindakan daya-daya pada suatu titik pada jasad dapat dianggap sebagai tindakan daya berkenaan pada satu zarah. Kesan tindakan daya ini dapat dianggap hanya menghasilkan gerakan translasi sahaja dan apabila suatu zarah berada dalam keadaan keseimbangan, ia mempunyai pecutan zarah sifar. Takrifan bagi keseimbangan Translasi adalah suatu zarah dikatakan dalam keadaan keseimbangan translasi jika daya paduan ke atas zarah berkenaan adalah sifar.Keseimbangan Translasi dapat dihuraikan dengan menggunakan Teorem Lami yang menyatakan bahawa untuk tiga daya yang konguren dan sesatah, hubungan berikut adalah: