Takrifan bagi konduksi ialah ia merupakan satu proses perpindahan haba secara getaran molekul jirim dan perlanggaran sesama elektron bebas atau perlanggaran elektron bebas dengan ion-ion positif. Perpindahan haba berlaku dalam bentuk perubahan tenaga kinetik.

Konduksi terma adalah satu fenomena pengangkutan dimana perbezaan suhu menyebabkan perpindahan tenaga haba dari satu bahagian yang bersuhu tinggi ke bahagianlain jasad yang bersuhu lebih rendah.

Di dalam gas, konduksi haba adalah hasil dari perlanggaran antara molekul-molekul yang bergerak lambat. Manakala dalam cecair dan pepejal, molekul-molekulnya bergetar di sekitar titik tertentu iaitu pada kedudukan keseimbangan.