Apa itu jasad tegar? secara amnya jasad tegar merupakan sebarang jasad yang tidak mengalami sebarang perubahan bentuk bila daya dikenakan ke atasnya. Suatu jasad dikatakan keseimbangan sekiranya jasad tersebut berada dalam keadaan pegun iaitu tidak bergerak secara translasi dan juga tidak berputar pada sebarang titik putaran. Terdapat strategi untuk menyelesaikan masalah keseimbangan jasad tegar iaitu:
 
 
  1. Lakarkan rajah ringkas mengenai sistem dengan kemas.
  2. Pisahkan objek yang hendak dianalisis. Lukiskan RJB bagi objek. Tandakan semua daya-daya luar yang bertindak ke atas objek sahaja.
  3. Pilih sistem paksi rujukan pada kedudukan yang memudahkan analisis. Tentukan komponen-komponen daya pada sistem paksi yang dipilih.
  4. Pilih paksi putaran yang mudah untuk mengira tork. Paksi ini adalah dipilih secara bebas. Setiap daya yang garis tindakan dayanya melalui paksi memberikan tork sifar. Keadaan keseimbangan daya tidak berubah sekiranya tiik tindakan daya dipindahkan di sepanjang garis tindakan daya.
  5. Akhirnya selesaikan set persamaan yang diperoleh untuk menentukan kuantiti yang dikehendaki.