Hukum Hooke menjelaskan hubungan antara daya yang dikenakan ke atas suatu jasad dengan perubahan dimensinya. Apabila jasad dikenakan suatu daya samaada regangan, mampatan atau lenturan, ia akan kembali kepada bentuk asalnya apabila daya luaran tersebut dialihkan. Jasad yang mempunyai sifat kekenyalan yang linear terhadap daya yang dikenakan dikatakan mematuhi Hukum Hooke.
    Berdasarkan kepada hukum ini, satu persamaan iaitu:
                                                F = ks
dapat dibentuk dengan k ialah pemalar spring seperti gambarajah di bawah:
 
 
 
 
 
 

daripada persamaan ini, didapati bahawa K mempunyai unit N/m dan ia adalah bergantung kepada dimensi spring.
 

Salah satu fungsi spring ialah menyimpan tenaga. Kerja yang dilakukan oleh satu sistem terhadap daya yang berubah-ubah adalah diwakili oleh jumlas luas di bawah graf daya melawan pemanjangan. Ia juga bersamaan dengan perubahan tenaga keupayaan di dalam sistem.