RINGKASAN:
Apabila
suatu objek melakukan perubahan kedudukan terhadap masa maka dikatakan objek
berkenaan melakukan gerakan. Kinematik adalah perihalan mengenai gerakan objek
ranpa mengambil kira penyebab gerakan. Pemerihalan tersebut memerlukan kerangka
rujukan (paksi rujukan). Konsep-konsep berikut adalah digunakan untuk
menjelaskan fenomena gerakan linear dengan pecutan seragam.
Jarak;
panjang lintasan (jejak) jasad.
Sesaran;
perubahan kedudukan jasad.
Laju;
kadar perubahan jarak.
Laju
purata; kadar perubahan jarak untuk
julat masa tertentu.
Laju
seketika; laju pada masa tertentu.
Ditakrif sebagai laju purata untuk julat masa yang menghampiri sifar.
Halaju;
kadar perubahan kedudukan.
Halaju
purata; nisbah sesaran terhadap julat
masa tertentu.
Halaju
seketika; halaju purata untuk julat
masa menghampiri sifar.
Pecutan;
kadar perubahan halaju.
Pecutan
purata; nisbah perubahan halaju
terhadap julat masa yang diperlukan.
Pecutan
seketika; pecutan purata untuk julat
masa yang paling singkat(menghampiri sifar).
Sekiranya
jasad bergerak linear pada paksi-x dengan pecutan malar a, maka kedudukan jasad,
x dan halaju v, jasad dapat dihubungkan dengan pecutan dan masa t masing-masing
seperti berikut;
v
= v0
+ at
x
= x0
+ vt
= (1/2)at2
vpurata
= v
+ v0
2
v
= v02
+ 2a(x – x0)
Jasad
yang jatuh bebas atau dilancarkan tegak diatas atau bawah, berhampiran muka bumi
juga mengalami pecutan seragam disebabkan kesan tarikan graviti bumi. Dalam hal
ini magnitud pecutan gravity, g =
9.8m/s2. Lazimnya tanda bagi pecutan graviti ialah negatif
sekiranya dipilih arah paksi-y sebagai positif.