Laju dan Halaju

 

Kedua-dua kuantiti fizik ini menjelaskan sifat kecepatan suatu objek bergerak. Walau bagaimanapun menurut takrifan fizik, laju dan halaju adalah dua konsep yang berbeza. Pada amnya laju purata, halaju purata, laju seketika dan halaju seketika adalah lebih tepat dan relevan.

 

Takrif laju purata:

Laju purata ditakrifkan sebagai nisbah jumlah jarak yang ditempuhi objek terhadap sela masa gerakan.

          

 

Unit laju laju purata ialah m/sē. Laju purata merupakan kuantiti scalar, tidak menjelaskan arah gerakan objek.

 

 

Takrif halaju purata:

Halaju purata ditakrifkan sebagai kadar sesaran gerakan objek.

        

                                

 Sesaran adalah kuantiti yang mempunyai nilai dan arah halaju purata adalah kuantiti vektor. Dengan ini halaju boleh mempunyai tanda negatif, apabila bergerak pada arah yang berlawanan dengan arah gerakan yang dipersetujui sebagai positif.

 

Konsep ini pentimg dan akan sering digunakan dalam kursus ini. Nilai laju dan halaju purata tidak menjelaskan nilai secara terperinci pada setiap kedudukan (titik) dan masa. Dengan ini suatu konsep diperlukan yang boleh memperihalkan keadaan sedemikian itu seperti bacaan meter laju pada kenderaan.

 

 

Halaju seketika

Takrifan laju dan halaju purata tidak memberikan penjelaskan mengenai halaju sebenar jasad pada julat masa tertentu atau pada setiap saat.  Tetapi jika tempoh masa perjalanan dibahagikan kepada beberapa julat-julat masa yang lebih kecil maka keterangan halaju purata pada kedudukan tertentu akan menjadi lebih terperinci.  Sebagai contoh sekiranya masa perjalanan dibahagikan kepada sela masa 1 s, atau 1/100 s maka halaju purata yang dikira bagi setiap sela masa tersebut merupakan halaju pada masa tertentu atau kedudukan tertentu.  Magnitud halaju atau laju tersebut dikenali sebagai halaju seketika.

 

 

 

 

 

Misalkan gerakan suatu jasad yang dijelaskan dalam graf kedudukan melawan masa dinyatakan oleh garis lintasan PQ.

 

          

 

 

 

Takrif halaju seketika:

 

 

 

 

 

           

 

 

Nota ; Jika soalan diberikan tanpa rajah, cuba lakarkan rajah daripada maklumat yang diberi.