Perlanggaran
Kenyal dan Tidak Kenyal
Apabila berlaku perlanggaran, objek mengalami perubahan momentum atau menghasilkan impuls. Impuls ini melakukan kerja, kerana terjadi canggaan pada objek. Canggaan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Kerja yang dilakukan ke atas objek diubah sebagai tenaga keupayaan kerana terjadi perubahan kedudukan molekul-molekul jasad atau berlaku perubahan konfigurasi jasad. Apabila daya lenyap dan jasad, maka canggaan akan pulih (sebahagian atau sepenuhnya) dan tenaga keupayaan tersebut diubah kepada tenaga kinetik. Lazimnya sebahagian tenaga impuls ini akan diserap dalam bentuk tenaga lain, misalnya tenaga keupayaan, haba, tenaga bunyi dan sebagainya. Berdasarkan keadaan canggaan objek dan keabadian tenaaga kinetik sistem, proses perlanggaran dikelaskan kepada tiga jenis.
1. Perlanggaran Kenyal;
Sekiranya sebelum dan selepas perlanggaran, tenaga kinetik sistem adalah abadi, maka dikatakan bahawa perlanggaran tersebut adalah perlanggaran kenyal.
3. Perlanggaran Tidak Kenyal;
Ialah perlanggaran yang tenaga kinetik sistem tidak abadi.
5. Perlanggaran Tidak Kenyal Sempurna;
Ialah perlanggaran dengan keadaan tenaga kinetik sistem tidak abadi, dan halaju akhir setiap objek dalam sistem adalah sama (objek bercantum).
Nota;
1. Walaupun tidak terdapat perlanggaran kenyal sempurna, tetapi secara penghampiran terdapat proses perlanggaran yang hampir sempurna. Misalnya perlanggaran di antara objek-objek yang keras (bola biliard) ,di antara zarah-zarah asas atom, (zarah alfa dengan atom He).
2. Dalam perlanggarang tidak kenyal berlaku perubahan tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan, haba dan sebagainya. Sebaliknya juga boleh berlaku,iaitu perubahan tenaga keupayaan (tenaga kimia, nukleas dsb.) kepada tenaga kinetik. Contohnya bagi bahan-bahan letupan atau bahan radioaktif.
3. Dalam perlanggaran tak kenyal,walaupun tenaga kinetik sistem tidak abadi, tetapi jumlah tenaga mekanikal sistem dan momentum tetap abadi. Sila rujuk semula contoh 4.10.1, cuba tentukan jumlah tenaga kinetik sistem sebelum dan sudah perlanggaran. Tentukan juga jumlah tenaga kinetik yang diubah kepada bentuk tenaga yang lain.